![]() ![]() ![]() | |
Umat Islam termasuk kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) perlu bersikap matang tetapi tegas dalam menangani isu klip video 'Fitna'. Setiausaha Agungnya, Abdul Muntaqim Zulkipli, berkata, tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan bertujuan menghina Islam dan mencaci al-Quran, amat dikesali. Justeru itu, katanya, dalam satu kenyataan, kerajaan digesa menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan Belanda. "Tindakan tegas perlu diambil kerana penghasilan klip video seperti itu adalah satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat," katanya. Katanya, tindakan itu yang menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh dunia. Malah katanya, tindakan Geert yang menghasil klip video pendek yang bersifat provokatif itu seolah-olah tidak mengambil iktibar daripada isu sebuah akhbar Belanda yang menyiarkan karikatur menghina Nabi Muhammad s.a.w. beberapa tahun lalu. "Penghasilan klip video seperti itu merupakan satu hasutan yang akan memburukkan lagi hubungan antara dunia Islam dan dunia Barat," katanya. Katanya, dunia marah dengan tindakan biadab Geert yang menghasil klip video selama 15 minit bertajuk 'Fitna' itu. Klip video tersebut jelas cuba menghina agama Islam, menghina Rasulullah s.a.w. dan mencaci kesucian kitab suci al-Quran, katanya. Klip video tersebut memaparkan beberapa ayat-ayat suci al-Quran yang dikaitkan dengan keganasan. Dalam pada itu, PKPIM berkata, umat Islam seluruh dunia tersinggung dan marah dengan klip video tersebut yang mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk menuduh agama Islam sebagai agama yang mendorong umatnya kepada keganasan. Walhal katanya, Islam adalah agama yang menjadikan kasih sayang dan keselamatan sebagai antara nilai asas. PKPIM meminta seluruh umat Islam bersikap matang dan tidak bertindak balas secara terburu-buru dalam menangani isu ini. "Umat Islam tidak seharusnya terpengaruh dengan provokasi melampau yang dilakukan melalui klip video tersebut," katanya. Sebaliknya, masyarakat Islam boleh mengambil tindakan mengikut saranan ulama terkemuka dunia, Prof Dr Yusuf Abdullah Al-Qaradhawi. Perkara tersebut katanya, adalah: * Hujah-hujah ilmiah dan akademik perlu disebarkan untuk menyangkal tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Islam, dan hujah-hujah ini perlu diterbitkan dalam pelbagai bahasa agar masyarakat seluruh dunia dapat memahami Islam dengan sebenarnya. * Masyarakat perlu meminta dan mendesak pihak kerajaan di negara masing-masing agar membuat pendirian tegas dan menyatakan bantahan secara rasmi bagi membuktikan bahawa dunia Islam tidak redha dengan sebarang tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan. * Respons dalam bentuk kesenian dan sebaran media perlu dilakukan kerana filem-filem dan rancangan televisyen boleh memainkan peranan yang sangat penting dalam menjelaskan sifat dan imej sebenar Islam. * Umat Islam juga perlu memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh negara-negara yang membenarkan rakyatnya menghina dan memfitnah Islam secara terang-terangan. * Umat Islam sendiri perlu mendalami ilmu agama dan mengamalkan akhlak mulia sepertimana diajar Islam dan ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. agar tidak membentuk persepsi yang salah terhadap Islam. |
Wednesday, April 23, 2008
Ummah diminta matang tangani isu 'Fitna'
Monday, March 17, 2008
SISWI MELAYU YG TERLAMPAU??? apa kata anda
Siswi Melayu Bertudung Pegang Anjing dan Babi
Sikap dan tingkahlaku kita memang perlu berpandukan hukum. Tetapi jika pun sesuatu perkara itu halal hukumnya, maka itu tidak bermakna kita boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan keadaan orang lain di sekeliling kita. “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Itu ajaran orang tua kita.
Saturday, March 15, 2008
JEMPUTLAH KOMEN
APAKAH PENDAPAT ANDA TENTANG PERANAN MAHASISWA DALAM KEPUTUSAN PILIHANRAYA BARU-BARU INI???
TAHUKAH ANDA????
Sejarah teknologi maklumat
Istilah "teknologi maklumat" muncul pada sekitar dekad 1970-an. Bagaimanapun, konsepnya yang asas boleh dikesani jauh lebih lama lagi. Pada sepanjang abad ke-20, pihak tentera telah berikat dengan berbagai-bagai industri untuk membangunkan elektronik, komputer, dan teori maklumat. Secara sejarah, pihak tentera telah mendorong penyelidikan-penyelidikan tersebut dengan memotivasi dan membiayai inovasi dalam bidang penjenteraan dan pengkomputan.
Komputer komersil yang pertama ialah UNIVAC I (gambar) yang direka bentuk oleh J. Presper EckertJohn Mauchly untuk Biro Banci Amerika Syarikat. Akhir dekad 1970-an memperlihatkan kebangkitan mikrokomputer, diikuti dengan rapat oleh komputer peribadi IBM pada tahun 1981. Sejak dari masa itu, empat generasi komputer telah berkembang, dengan setiap generasi melambangkan satu langkah yang dicirikan oleh perkakasan yang semakin kecil dan berupaya. Generasi pertama menggunakan tiub vakum, dengan generasi-generasi kedua dan ketiga masing-masing menggunakan transistor dan litar bersepadu. Generasi keempat, iaitu generasi terkini, menggunakan sistem-sistem yang lebih rumit seperti penyepaduan skala sangat besar dan (VLSI).
welcome..
tahniah kerana selamat melayari blog saya yg tdk seberapa ini..
Alhamdulillah bersyukur kita krn masih lg dipanjangkan umur untuk terus berkomunikasi sesama manusia secara lisan ataupun di blog ini..
semoga perjalanan hidup kita terus diberkati Allah s.w.t.
teruskan melayar..
ko kun kap(skali bhs thai daa)