Siswi Melayu Bertudung Pegang Anjing dan Babi

A few of Gambar Gadis Siswi Melayu Bertudung Pegang Anjing dan Babi spread in internet last year. It shocking Malaysia blogsphere and been debated in certain forum.

It taboo in Malaysia if Muslim people touching pig and dog. The best of all is avoid do direct contact with pigs and dogs. Hugging and touching dog by Malay Tudung girl is become a hot debate again. Here latest Gadis Melayu Bertudung manja-manja with dogs.
Ketahui di mana kita berada

Sikap dan tingkahlaku kita memang perlu berpandukan hukum. Tetapi jika pun sesuatu perkara itu halal hukumnya, maka itu tidak bermakna kita boleh buat sesuka hati tanpa memikirkan keadaan orang lain di sekeliling kita. “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak”. Itu ajaran orang tua kita.
Kita orang Melayu yang tinggal di Malaysia. Budaya kita memandang anjing dan babi sebagai haiwan yang jijik. Maka hormati budaya ini. Jangan buat orang lain rasa offended hanya disebabkan hukum mengatakan halal. Awak mahu tangkap gambar dengan apa-apa sahaja haiwan yang cute seperti anjing, babi, hatta biawak dan anakonda sekali pun tidaklah salah dan berdosa. Tetapi, simpan sahaja gambar itu baik-baik dalam komputer dan tidak perlu ditunjukkan secara umum (dalam myspace/friendster) untuk memberitahu secara subconscious, “Kawan-kawan semua, lihatlah aku telah bergambar dengan babi.” Dan sekarang awak telah menjadi selebriti internet. Belajar budaya Melayu Malaysia. Ada sesetengah perkara yang halal boleh membuatkan orang lain rasa offended. Saya bagi satu contoh lain. apakah batas aurat di antara lelaki dan perempuan yang mahram, sebagai contoh aurat di antara seorang gadis dengan abangnya (bukan abang suami, tetapi abang sedarah sedaging)?
Jawapannya adalah di antara pusat dan lutut sahaja. Tapi itu tidak bermakna kakak saya boleh suka-suka hati dalam rumah dengan memakai seluar sahaja (dan tidak memakai baju dan coli) ketika saya dan ahli keluarga yang lain turut berada dalam rumah. Kalau pun kakak saya buat juga, adakah dia buat sesuatu yang haram? Ia halal, tetapi ia taboo.
“Ketahui di mana kita berada”